Susunan Abjadi Angka Abjad

Susunan Abjadi dalam abjad Arab mempunyai dua variasi yang sedikit berbeza. Susunan Abjadi tidak mewarisi susunan abjad Semitik utara, kerana walaupun ia memiliki satu tempat yang sama dengan huruf Aramia samekh/semkat (ס), tiada huruf abjad Arab yang diadaptasi dari huruf tersebut. Ketiadaan samekh telah digantikan dengan pembahagian huruf Shin (ש) semitik kepada dua huruf Arab yang berlainan, syin (ش) dan sin (ﺱ) yang diletakkan di tempat samekh.


1) Susunan Abjadi yang biasa adalah seperti berikut:

غظضذخثتشرقصفعسنملكيطحزوهدجبا
ghdhkhthtshrqfsnmlkyzwhdjbā

Susunan di atas biasa divokalkan seperti berikut:

  • ʼabǧad hawwaz ḥuṭṭī kalaman saʻfaṣ qarašat ṯaḫaḏ ḍaẓaġ.

Vokalisasi yang lain ialah:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman saʻfaṣ qurišat ṯaḫuḏ ḍaẓuġ

2) Susunan Abjadi lain yang mungkin lebih tua tetapi kini hanya digunakan di Maghreb ialah:[1]

شغظذخثتسرقضفعصنملكيطحزوهدجبا
shghdhkhthtsrqfnmlkyzwhdjbā

Yang boleh divokalkan seperti berikut:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman ṣaʻfaḍ qurisat ṯaḫuḏ ẓaġuš

Kamus-kamus moden dan buku-buku rujukan tidak lagi menggunakan susunan abjadi secara abjad; sebaliknya, susunan baru yang dipanggil hijāʼī (هجائي) (huruf-huruf dikumpulkan mengikut kesamaan bentuk) digunakan:

يوهنملكقفغعظطضصشسزرذدخحجثتبا
ywhnmlkqfghshszrdhdkhjthtbā

Jenis susunan lain alfabaʼī yang digunakan secara meluas dalam Maghreb sehingga baru-baru ini, telah ditukarkan kepada susunan Mashriqi:[1]

يوهشسقفغعضصنملكظطزرذدخحجثتبا
ywhshsqfghnmlkzrdhdkhjthtbā

Kamus Parsi menggunakan susunan yang sedikit berbeza , di mana و datang sebelum ه‍ bukan selepasnya.